Ahad, 23 Disember 2007

APAKAH PENDAPAT WANITA TENTANG LELAKI??

1. Keajaiban lelaki: boleh pakai seluar dalam yang sama empat hari berturu-turut. Hari pertama, betul kedudukannya. Hari kedua, diterbalikkan. Hari ketiga, yang belakang dibawa ke depan. Hari keempat, yang belakang dibawa ke depan, tapi diterbalikkan sekali lagi!.

2. Lelaki itu seperti telefon, ada banyak butang. Itulah yang menyebabkan lelaki rasa diri mereka itu penting.

3. Kalau orang lelaki berkata, "Saya akan hubungi awak", tapi dia tak hubungi, maknanya dia tak lupakan awak, dia tak hilang nombor telefon awak, dia belum mati, lagi. Dia cuma tak mahu hubungi awak!

4. Lelaki mudah lupa, sebab itu TV siarkan ulang tayang selepas gol dijaringkan. Kadang-kadang sampai empat lima kali!

5. Kalau lelaki masakkan makan malam untuk anda dengan lauk ikan kembung goreng, sayur sawi dan sebiji telur mata kerbau, itu maknanya dia serius untuk meneruskan hubungan dengan awak!

6. Lelaki itu macam iklan komersial....... tiada satu pun kata-katanya boleh dipercayai.

Tiada ulasan: