Isnin, 31 Disember 2007

KHASIAT CEKUR MANIS

Cekur manis atau nama saintifiknya sauropus androgynus juga digemarisebagai ulam. Istimewanya ulam ini bukan hanya boleh dijadikan ulam2an tetapi lebih hebat lagi boleh dijadikan sayur dalam masakan seperti masa lemak dan sebagainya. Sebagai ulam hebat, daun cekur manis mengandungi banyak provitamin A karetenoid terutama pada daun yang baru dipetik dan masih segar. Malah cekur manis juga mengandungi vitamin B,C, protein dan juga mineral. Sesuatu yg anda perlu tahu,, kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.
Dalam perubatan tradisional, cekur manis sering disarankan kepada ibu2 mengandung khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas melahirkan anak. Carnya ialah dengan menghancurkan daunnya dan menampal pada payudara si ibu. Bukan sekdar itu, malah cekur manis yang dijuskan juga paling mujarab untuk mengubati sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.

Tiada ulasan: