Ahad, 23 Disember 2007

Pak Pandir dulu dan kini......

pak pandir lagi...
Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi
memotong getah. Mak Andeh akan
menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak
Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan
besar TU nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui
sebuah jalanraya untuk sampai di kebun
getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan
di tepi jalanraya besar tersebut, Ada
sebuah papan tanda yang baru dipasang
betul-betul di depan kebunnya. Selepas
dia membaca papan tanda tersebut, dia
pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang
semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa
Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila
la kerajaan tak bagi Kita memotong
getah. Diletaknya papan tanda besar di
tepi jalan depan kebun Kita TU papan
tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Tiada ulasan: