Rabu, 26 Disember 2007

Rahsia Surah Al-Kautsar

Bismillah..........

"Innaa'kthoina'(panjang sikit bunyi) kalkautsar,
fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".

Subject: RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan
di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini
diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih
daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian
2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan
gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,
sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x
pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya
sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan
khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,
Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak
bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan,
terima kasih.

Wassallam,

Tiada ulasan: