Selasa, 1 Januari 2008

Cakap siang pandang-pandang

Lawak Hari Ini: Cakap siang pandang-pandang

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita
perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah
orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.

* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?

* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia.
Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai,
lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz
kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

Tiada ulasan: