Jumaat, 8 Februari 2008

Pewarna Rambut Tetap Haram

Untuk pengetahuan semua, sahabat saya telah menelefon JAKIM dan

bercakap dengan Ustaz Shahrulnizam, Bhg Halal & Haram utk

mengesahkan tentang pewarna rambut samada sah atau tidak utk dibawa

sembahyang. Beliau telah mengesahkan yang pewarna rambut yg berada di

pasaran sekarang TIDAK SAH utk dibawa sembahyang kerana bahan kimia

yg tedapat didalamnya menghalang air dari meresap ke rambut.

Oleh itu jika anda mewarnakan rambut maka WUDHUK & MANDI WAJIB TIDAK SAH.

Tanda 'Halal' yg terdapat pada kotak pewarna rambut, bermaksud

tiada bahan haram ( yg berkaitan dengan babi, etc )

Bahan yang boleh digunakan utk mewarnakan rambut ialah inai, meresapi

air dan mestilah mengandungi bahan yang halal. Diharap sahabat

sekelian dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan² yg lain.

Untuk pengesahan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi

JAKIM @ 03-88864000 Bhg Halal & Haram.

Mudah-mudahan anda semua mendapat kebaikan dari maklumat ini kerana

ia melibatkan ibadah harian kita iaitu sembahyang fardhu lima waktu yg

juga merupakan salah satu Rukun Islam.

Tiada ulasan: